MAKLUMAN PENTING
MAKLUMAN PENTING
Assalamualaikum wbt.
Bersempena dengan UASA/PDA yang bakal ditempuhi oleh anak-anak, insya-Allah kita akan mengadakan satu majlis untuk sama-sama membaca Yasin, menunaikan solat hajat serta berdoa memohon ketenangan, keberkatan dan dipermudahkan segala urusan anak-anak kita.
📅 1 Oktober 2026 (Khamis)
🕡 6.30 petang
📍 Surau Al Ihsan, SMAPK
🔗 https://shuroq.net/malam-munajat/
Program ini merupakan gabungan tiga Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB):
💜 KSIB SHUROQ
💙 KSIB NEURO
💛 KSIB DIAN
Insya-Allah kita satukan kekuatan tiga KSIB ini dalam satu majlis, dengan satu tujuan — bersama-sama mendoakan kejayaan, ketenangan dan kesejahteraan anak-anak kita.
Dalam kesibukan menyediakan mereka dari sudut akademik, jangan kita lupa satu kekuatan yang sangat besar nilainya — doa ibu bapa.
Mudah-mudahan setiap ayat yang dibaca, setiap sujud dalam solat hajat dan setiap doa yang diaminkan menjadi asbab Allah memudahkan urusan anak-anak kita ketika menghadapi UASA/PDA. 🤲
💜 PENDAFTARAN & SUMBANGAN PROGRAM
Bagi membantu penyediaan goodies untuk anak-anak serta jamuan, ibu bapa/penjaga boleh membuat pendaftaran dan sumbangan melalui:
🔗 https://shuroq.net/malam-munajat/
Tatacara ringkas:
1️⃣ Isi maklumat ibu bapa/penjaga.
2️⃣ Masukkan maklumat anak yang terlibat.
👉 Bagi Batch SHUROQ, sistem boleh mengesan anak yang telah berdaftar (melalui Shuroq Hub) berdasarkan nombor telefon ibu bapa/penjaga. Jika mempunyai lebih daripada seorang anak, boleh pilih semua anak yang terlibat dalam pendaftaran yang sama.
👉 Bagi Batch NEURO dan DIAN, masukkan maklumat anak atau ada lebih dari seorang boleh masukkan melalui pilihan Tambah Anak.
3️⃣ Pilih kehadiran sama ada Fizikal atau Online.
👉 Sekiranya tidak dapat hadir secara fizikal atau mengikuti program secara online, tetapi masih ingin menyumbang bagi membantu kelancaran majlis, boleh pilih Online dan teruskan dengan sumbangan.
4️⃣ Jika hadir secara Fizikal, masukkan jumlah pax yang hadir termasuk diri sendiri supaya pihak urus setia dapat membuat anggaran dan tempahan makanan dengan lebih tepat.
5️⃣ Ibu bapa yang hadir secara fizikal dan ingin membawa potluck juga amat dialu-alukan. ❤️
Tandakan pilihan Potluck dan masukkan menu yang ingin dibawa. Jika menu masih belum pasti, boleh dikemaskini kemudian.
6️⃣ Sistem akan memaparkan jumlah minimum sumbangan berdasarkan bilangan anak dan jumlah pax yang didaftarkan.
7️⃣ Buat sumbangan mengikut jumlah yang dipaparkan, kemudian upload resit pembayaran untuk semakan sistem.
Jumlah yang dipaparkan hanyalah sumbangan minimum bagi membantu menampung keperluan program. Sekiranya ada yang ingin menyumbang lebih, amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira. ❤️
Kami amat mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan penjaga daripada SHUROQ, NEURO dan DIAN.
Sama-sama kita hadir, duduk sejenak di rumah Allah dan menitipkan nama anak-anak kita dalam doa.